Ulang Tahun Ke-70 Pauk-Phaw Dirai

2020-06-09 11:18:26  CRI
Share with:

Ikatan Pauk-Phaw yang terjalin sekian lama antara China dengan Myanmar selepas mengharungi jatuh bangun, masih kekal kukuh.
 
Presiden China, Xi Jinping berujar demikian semalam, sempena sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dua negara.

Xi berkata, China dan Myanmar harus mempergiat lagi interaksi dan kerjasama melibatkan pelbagai bidang demi menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Rakan sejawatnya, Win Myint turut merakamkan penghargaan kepada China yang terbabit dalam usaha mengatasi wabak di Myanmar, selain bantuan dan sokongan terhadap pembangunan sosioekonomi negara itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi saling merakamkan ucapan tahniah atas ulang tahun berkenaan, di samping menunjukkan iltizam bagi memecut pelaksanaan projek Jalur dan Laluan serta koridor ekonomi.


 

董筱娉