Laluan Pantas Mudahkan Pertukaran

2020-06-10 12:17:49  CRI
Share with:

China akan terus menggalakkan aliran kakitangan rentas sempadan pulih normal, dengan syarat kerja-kerja mencegah dan mengawal wabak COVID-19 terus dijalankan dengan teratur.

Jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying berkata demikian dalam satu taklimat media di Beijing semalam, semasa memaklumkan pembukaan laluan pantas China-Singapura bagi memudahkan pertukaran kalangan peniaga dan penjawat awam.

Pada 8 Jun, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan pembukaan laluan pantas dengan enam provinsi dan bandar China iaitu Shanghai, Chongqing dan Tianjin serta provinsi Guangdong, Jiangsu dan Zhejiang, seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.

Hua berkata laluan pantas yang dilancarkan selepas persiapan selama hampir dua bulan, satu pendekatan signifikan bagi menyokong penyambungan semula kegiatan pengeluaran kedua-dua negara.

Selanjutnya, China dan Singapura juga akan membincangkan rancangan untuk memulihkan penerbangan komersial secara berperingkat.

 

周乔西