China, ASEAN Rebut Manfaat Ekonomi Digital

2020-06-13 16:15:25  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengucapkan tahniah atas pelancaran Tahun Kerjasama Ekonomi Digital China-ASEAN 2020 semalam.

Li menyatakan perkembangan pesat ekonomi digital pada masa ini membantu membentuk semula landskap ekonomi dan masyarakat manusia.

Pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada seluruh dunia menonjolkan betapa pentingnya ekonomi digital untuk membantu memulihkan pertumbuhan dan pembangunan sosial pelbagai negara, dengan memperbanyak peluang pekerjaan dan menambah baik kesejahteraan rakyat

Beliau melahirkan harapan agar China dan ASEAN mengambil kesempatan daripada Tahun Kerjasama Ekonomi Digital supaya merebut peluang pusingan baharu revolusi teknologi dan transformasi industri.

Kedua-dua pihak hendaklah memanfaatkan kelebihan sedia ada untuk memupuk titik pertumbuhan baharu dalam usaha sama membabitkan bandar pintar, kecerdasan buatan (AI) dan data besar, sekali gus memberi momentum baharu bagi pembangunan sosioekonomi satu sama lain.

 

周乔西