Telesidang antara China, Kemboja

2020-06-17 13:18:08  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-5 Jawatankuasa Penyelaras Antara Kerajaan China dan Kemboja diadakan secara telesidang semalam.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata China bersedia bahu-membahu dengan Kemboja untuk mengalahkan wabak COVID-19 dan menjana sosioekonomi. Kedua-dua pihak diharap mengintensifkan penyelarasan di bawah mekanisme serantau, mendorong penandatanganan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun ini, melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) secara menyeluruh dan berkesan, serta memuktamadkan rundingan tentang Kod Tatalaku (COC).

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong berkata pihaknya menjunjung multilateralisme dan kerjasama China-ASEAN. Kedua-dua pihak bersepakat menentang perbuatan mempolitikkan wabak COVID-19, selain mengumumkan pembukaan “saluran pantas” bagi pertukaran kakitangan dan “saluran hijau” untuk kargo. Persetujuan juga dicapai untuk secepat mungkin menyelesaikan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua negara, saling menubuhkan pejabat konsul, dan melancarkan pengeksportan mangga Kemboja ke China. 

高蕾