Canton Fair: Kontrak USD1 B Ditandatangani Dalam Talian

2020-06-19 13:54:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_guangjiaohui0619a

 

Aktiviti kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, iaitu "Menandatangani Kontrak dalam Talian Canton Fair” diadakan di Kuala Lumpur pada 17 Jun, dengan jumlah nilai kontrak ditandatangani melebihi USD1 bilion (RM 4.28 bilion). 

Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China, Tiong King Sing menyatakan, Ekspo Import dan Eksport China (Canton Fair) kali ini menyediakan platform kerjasama bagi transformasi teknologi sejagat, membiasakan pedagang seluruh dunia dengan urusan perdagangan dalam talian. 

Ujarnya, pelbagai lapisan masyarakat China dan Malaysia harus memperkasakan kerjasama persahabatan dan bersama-sama membina Inisiatif Jalur & Laluan (BRI). 

 

图片默认标题_fororder_guangjiaohui0619b

 

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Majlis Perdagangan Malaysia-China, Gabungan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) dan 149 syarikat menyertai aktiviti dalam talian tesebut. 

王瑾