Singapura Peruntuk SGD20 B bagi Kajian Sains

2020-06-22 11:48:38  CRI
Share with:

Sebanyak SGD20 bilion (RM61 bilion) akan diperuntukkan bagi menyokong kerja-kerja penyelidikan sains di Singapura dalam lima tahun akan datang.

Rancangan itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat ketika menyampaikan ucapan kepada seluruh negara malam Sabtu. Langkah tersebut dipercayai mampu meningkatkan daya saing negara itu.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan akan digunakan dalam penyelidikan asas dan gunaan, khususnya perubatan, bioperubatan, perubahan iklim dan kecerdasan buatan (AI).

Beberapa aktiviti bertemakan inovasi juga akan dianjurkan untuk menggalakkan rakyat mencari penyelesaian kepada cabaran-cabaran utama pada masa ini.

覃淼