Lebih 30 Ribu Kes COVID-19 di Filipina

2020-06-22 11:49:29  CRI
Share with:

Jumlah kes positif COVID-19 di Flipina telah melebihi 30 ribu setakat pukul 4.00 petang semalam.

Menurut Jabatan Kesihatan Filipina, sebanyak 653 kes baharu dilaporkan dalam sehari sebelum itu, menjadikan bilangan keseluruhannya di negara itu 30,052.

Dalam masa yang sama, 19 pesakit meninggal dunia sementara 243 lain sembuh. Filipina telah merekodkan 1,169 kematian akibat COVID-19 setakat ini, berbanding 7,893 yang sudah pulih.

覃淼