Sistem Beidou Diyakini Berprospek Cerah

2020-06-24 15:21:15  CRI
Share with:

Sistem  Beidou yang dibangunkan China diibaratkan bintang baharu dalam industri navigasi satelit global dan mempunyai prospek yang cerah, menurut pandangan tokoh kanan bidang teknologi Thailand.

Ketua Agensi Pembangunan Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa (GISTDA) Thailand, Pakorn Apaphant mengucapkan tahniah atas kejayaan China melengkapkan rangkaian satelit berkenaan. Sistem itu diyakini akan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan di seluruh dunia.

Katanya, Thailand dan China akan terus meningkatkan kerjasama melibatkan bidang angkasa, dan sistem Beidou akan digunakan dengan lebih meluas di Thailand.

Pada 2013, China dan Thailand memeterai perjanjian kerjasama pengawasan, penilaian dan ramalan bencana geospatial, yang menyokong penggunaan penuh teknologi, produk dan perkhidmatan China oleh pihak Thailand.

Thailand juga menjadi pelanggan luar negara pertama bagi sistem Beidou.

徐国玮