Undang-undang Keselamatan Baharu Dianggap Perlu

2020-06-25 14:21:02  CRI
Share with:

Pengamal undang-undang Singapura memandang undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong sebagai munasabah dan tepat pada waktunya.

Richard Siaw Kin Yeow, seorang peguam di firma guaman R.S. Solomon menganggap penggubalan undang-undang berkenaan memaparkan keazaman kerajaan pusat China untuk melindungi kedaulatan negara dan pentadbiran di sisi undang-undang di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Beliau berkata, Singapura sejak sekian lama mengekalkan komunikasi dan interaksi rapat dengan Hong Kong. Maka, penggubalan undang-undang baharu tersebut menjadi perhatian ramai di Singapura.

Kekerasan yang berlaku di Hong Kong sejak tahun lepas telah menjejaskan ekonomi dan kestabilan masyarakat tempatan. Oleh itu, pelaksanaan sebuah undang-undang keselamatan adalah amat perlu bagi memulihkan ketenteraman.

Katanya, Hong Kong merupakan sebahagian wilayah China. Setiap negara berhak menggubal undang-undang keselamatan berlandaskan perlembagaan bagi menjamin keamanan, kedaulatan dan keutuhan wilayahnya.

Menyentuh suara-suara yang menentang penggubalan undang-undang terbabit, Siaw mengatakan mereka ini mempunyai motif politik yang jelas iaitu hendak mengekang pembangunan China dengan memperalatkan isu Hong Kong.

胡星