Rondaan Bersama Sungai Mekong Ke-94 Bermula

2020-06-25 13:22:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1

Rondaan bersama China, Laos, Myanmar dan Thailand di Sungai Mekong kali ke-94 dilancarkan pada malam Selasa, sempena Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa ke-33. 


Sebanyak tiga buah kapal China dan sebuah kapal Laos masing-masing berlepas dari pelabuhan Jingha China dan pelabuhan Muang Mom Laos, menandakan bermulanya rondaan selama empat hari tiga malam itu.

Sebelum ini, badan penguat kuasa undang-undang empat negara telah mengadakan seminar antidadah secara maya, mengenang kembali pencapaian sejak 2011, menganalisis situasi jenayah dadah di kawasan Sungai Mekong, di samping membincangkan kaedah membanteras penyeludupan dadah rentas sempadan serta kerjasama penguatkuasaan undang-undang.

Persepakatan turut dicapai untuk memperkasakan koordinasi dan rondaan bersama di Sungai Mekong.

Setakat ini, tujuh kes penyeludupan dadah berjaya dibongkari, membawa kepada rampasan 4585.39 kg dadah dengan sembilan suspek ditahan. 

覃淼