Selami Tamadun, Tersemat Rasa Bangga

2020-06-25 11:28:58  CRI
Share with:

Budaya cerminan ketamadunan sesebuah bangsa. Budaya dan tradisi leluhur harus disemarakkan semula dan diwarisi turun-temurun hingga hidup subur dalam jiwa bangsa, seperti yang ditekankan berulang kali oleh Presiden Xi Jinping.

Sempena Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat atau Duan Wu Jie pada 25 Jun, perayaan tradisional ini tampil berseri menerusi pelbagai cara sambutan yang wajib dilakukan, antaranya termasuk memakai kantung daun herba yang wangi, memakan ketupat dan mengadakan perlumbaan perahu naga.

 

图片默认标题_fororder_ximazhuang2017

Di kampung Mazhuang, Xuzhou di provinsi Jiangsu, terdapat seorang warga emas berusia melebihi 80 tahun iaitu Wang Xiuying yang merupakan pewaris budaya bukan benda kepada kantung daun herba yang wangi. Kraftangan itu turut berkembang hingga menjana ekonomi dan pendapatan masyarakat setempat.

Pada Disember 2017, Presiden Xi pernah melawat ke kampung Mazhuang dan singgah di sebuah bengkel kraftangan kantung daun herba. Beliau berbesar hati apabila melihat hasil tangan itu dapat diwarisi menerusi operasi bengkel, dan turut membeli satu unit yang dihasilkan oleh makcik Wang sendiri. Pujian Presiden Xi terpahat di hati orang tua itu hingga menjadi dorongan kepadanya untuk mengembalikan semula kegemilangan budaya bukan benda tersebut.

 

图片默认标题_fororder_ximakau2019

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, Presiden Xi pernah menjejak kaki ke wilayah pentadbiran khas itu. Sepanjang sesi berinteraksi dengan pelajar dan guru di sebuah sekolah menengah tempatan, Presiden itu menegaskan betapa pentingnya menyelami sejarah, budaya dan semangat bangsa Cina. Menurut beliau, selepas mendalami kecemerlangan tamadun berusia 5,000 tahun, pastinya maruah bangsa serta rasa bangga terhadap tanah air tersemat di sanubari.

王瑾