AS Dituntut Henti Campur Tangan Urusan Dalaman China

2020-06-28 15:29:51  CRI
Share with:

Senat Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini meluluskan satu akta yang disebut "akta autonomi Hong Kong", yang mengancam akan mengenakan sekatan terhadap individu, institusi kewangan dan badan-badan lain yang menjejaskan autonomi Hong Kong. Tindakan AS itu secara terang-terangan campur tangan dalam urusan China, menginjak-injakkan prinsip asas undang-undang antarabangsa komtemporari dan norma asas hubungan antarabangsa. Perkara tersebut memperlihatkan niat jahat sejumlah politikus AS yang menentang China dan mengacau Hong Kong, dan dikutuk keras oleh masyarakat antarabangsa. 

Hong Kong merupakan pusat kewangan antarabangsa. Kemakmuran dan kestabilan Hong Kong terjejas, kepentingan syarikat AS di wilayah itu nescaya turut terjejas, dan perdagangan import eksport AS yang transit di Hong Kong juga akan terkena tempias dengan teruk. 

Walau bagaimanapun, ada politikus AS yang kejahilan pola politik, fakta sejarah dan pengetahuan tentang ekonomi, tidak mengerti malah enggan memikirkan unsur-unsur tersebut. Mereka hanya mengambil berat kepentingan politik sendiri, dan tidak henti-henti menggunakan pemprotes untuk mengacau situasi di Hong Kong agar menyekat pembangunan China. 

Penggubalan undang-undang keselamatan negara merupakan kedaulatan sesebuah negara yang tidak boleh dicabul mana-mana pihak. Kerajaan pusat China mempunyai tanggungjawab yang paling besar dan muktamad bagi memelihara keselamatan negara. Walau bagaimanapun, China tidak terus menguatkuasakan undang-undang berkenaan di Hong Kong, tetapi menggubal Undang-Undang Keselamatan Negara Membabitkan Hong Kong menurut perlembagaan, Undang-Undang Asas Hong Kong serta keputusan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang berkaitan. 

Masa depan dan nasib Hong Kong di tangan 1.4 bilion rakyat China termasuk penduduk Hong Kong. Politikus AS dituntut menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman China dan lebih memfokuskan jasa yang baik.

徐国玮