Bagaimana Pulihnya Begitu Pantas

2020-06-29 11:44:45  CRI
Share with:
Betapa pantasnya ekonomi China pulih semula, dapat digambarkan melalui prestasi sektor pelancongan domestik.

Dalam tempoh cuti tiga hari sempena Pesta Perahu Naga atau Duanwujie, pelancongan dalam negeri merekodkan pemulihan pada kadar 50.9% berbanding masa sama tahun lalu, dengan jumlah pelancong yang mencatat lebih 48 juta. Ini turut menjana kembali 31.2% atau RMB12.28 bilion (RM7.41 bilion) dalam pendapatan sektor berkenaan.

Pasaran pengguna yang sebelum ini teruk terkesan akibat penularan COVID-19, kini menunjukkan pemulihan yang ketara selepas wabak berkenaan dibendung dengan jaya di dalam negeri.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan, China satu-satunya entiti ekonomi utama yang mampu mengekalkan pertumbuhan positif pada tahun ini. Oleh itu, adalah wajar bagi peniaga di seluruh dunia memilih untuk berurusan dengan China.

Ramai penganalisis berpandangan bahawa kejayaan China mengekang penularan wabak ialah hasil prinsip mendahulukan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat. Pendekatan seumpama dianggap prasyarat kepada pemulihan ekonomi negara ini.

Di samping itu, asas ekonomi China ke arah perkembangan sihat dalam jangka panjang tidak berubah dengan adanya faktor-faktor seperti pasaran pengguna berpotensi yang berpopulasi 1.4 bilion, rantai industri yang lengkap, teknologi yang maju serta tenaga profesional yang mencukupi.

Langkah-langkah memperluas keterbukaan yang terus dilaksanakan China juga akan membuka ruang pembangunan lebih besar, sekali gus membawa peluang baharu kepada dunia.

 

张哲