Perusahaan Pelancongan Kampung Bohou Dipergiat

2020-06-30 12:45:49  CRI
Share with:

Tan Zhongxian merupakan penduduk di kampung Bohou, bandar Sanya provinsi Hainan yang pernah berkelana di provinsi Guangdong selama beberapa tahun demi mencari rezeki.

Namun, meskipun telah mengumpul duit yang banyak, jauh di sudut hatinya adalah untuk melihat pembangunan kampungnya yang kaya dengan sumber pelancongan dipergiat.

图片默认标题_fororder_m1

Pada tahun 2013, kerajaan tempatan memutuskan untuk membaikpulihkan kampung, dengan pembinaan perumahan "inap desa" menjadi keutamaan. Dengan sokongan dan bantuan pihak berkenaan, Tan kembali ke kampung untuk mengendalikan rumah penginapan yang dinamakan Hainajie".

图片默认标题_fororder_m2

Tiga tahun berlaIu, Hainajie mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong dan beliau juga memperoleh pendapatan yang lumayan. Ini secara tidak langsung menjadi teladan kepada golongan muda untuk kembali ke kampung dan seterusnya meneroka kerjaya baharu.

图片默认标题_fororder_m3

Kampung Bohou sekarang mempunyai 44 buah rumah penginapan yang berkualiti tinggi dengan 1,300 bilik. Dua destinasi pelancongan iaitu lembah Ros dan tasik Aijia turut berkembang menjadi mercu tanda bagi kampung Bohou.

Lebih daripada itu, pendapatan penduduk tempatan meningkat daripada RMB9,700 (RM5,873) pada tahun 2016 kepada RMB24,500 (RM14,834) pada tahun 2019.

曹捷