China Bertindak Balas terhadap Sekatan AS

2020-06-30 13:15:53  CRI
Share with:



China mengumumkan pelaksanaan sekatan visa ke atas individu-individu dari AS yang perbuatannya berbaur hasutan dalam isu Hong Kong.

Keputusan Beijing itu diumumkan menerusi jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian dalam taklimat media semalam, sebagai tindakan balas terhadap perbuatan Washington mengenakan sekatan visa kepada pegawai China.

Zhao menegaskan, penggubalan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong urusan dalaman negara semata-mata yang tidak boleh dicampuri mana-mana pihak. Tekad Beijing dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara tidak pernah goyah. Cubaan AS mengganggu proses penggubalan undang-undang berkenaan menerusi tindakan sekatan pasti akan menemui jalan buntu.
 

董筱娉