Buku Xi Jinping: Pentabiran Negara Jilid Ketiga Edisi Bahasa Mandarin dan Inggeris Dilancarkan

2020-06-30 12:50:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_350243098

Baru-baru ini, buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" jilid ketiga edisi bahasa Mandarin dan Inggeris telah diterbitkan dan dilancarkan di dalam dan luar China.

Buku ini mengumpulkan koleksi 92 artikel yang dibahagikan kepada 19 bahagian melibatkan laporan, ucapan, rundingan, syarahan, soal jawab, arahan bertulis, dan surat tahniah Presiden Xi Jinping dari 18 Oktober tahun 2017 hingga 13 Januari tahun 2020.

Buku ini telah mencatat langkah-langkah yang diambil Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang dipimpin Xi Jinping dalam usaha membangkitkan nusa dan bangsa, menyatupadukan dan memimpin parti dan rakyat berbilang kaum kepada pembangunan negara yang melibatkan pelbagai bidang.

Karya ini menggambarkan falsafah Xi Jinping secara sistematik mengenai sistem sosialisme bercirikan China di dalam era baharu.

曹捷