Setiausaha Parti Cawangan Kampung Bimbing Petani Keluar dari Kemiskinan - Hos TV Ulanhot Jadi Setiausaha Kampung Tercantik

2020-06-30 13:55:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_e8d31bf4-3cab-4c3a-af94-a618aa908a27

Pada Ogos 2018, kerajaan tempatan menempatkan Qi Qianhui, hos televisyen terkenal yang berpengalaman selama 10 tahun untuk menyangdang jawatan setiausaha parti cawangan kampung Yaole di Bandar Ulanhot, Wilayah Autonomi Monglia Dalam, China.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_9cadb5cc-58f0-4792-acc0-dfc868b2c216

Dilahirkan pada tahun 1985 dan membesar di bandar raya, Qianhui sedar bahawa usia, citra serta latar belakangnya akan menyukarkannya untuk berinteraksi dengan penduduk. Justeru, agenda utama beliau adalah untuk mendekati penduduk tempatan, bagi membolehkan misinya untuk membawa perubahan kepada 87 keluarga miskin yang terdiri daripada 196 orang.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_6012_53973f5a-0692-41c7-bd80-600ec0dbaec3

Setelah berkenalan dengan kesemua 87 keluarga itu, Qianhui memahami keperluan mereka. Dengan usaha bersama, kesemua penduduk miskin telah terbebas daripada belenggu pada tahun 2019, dengan pendapatan perkapita meningkat RMB 1,000 (RM605) berbanding 2018.

高蕾