Pusingan Baharu Rundingan Britain, EU

2020-06-30 13:19:03  CRI
Share with:



Britain dan Kesatuan Eropah (EU) meneruskan rundingan pusingan baharu tentang hala tuju hubungan dua hala semalam.

Pertemuan antara Ketua Perunding Britain, David Frost dengan Ketua Perunding EU, Michel Barnier di Brussels menyaksikan rundingan yang buat julung kalinya diadakan secara bersemuka sejak berlakunya wabak COVID-19.

Mengikut jadual asal, rundingan berkenaan dilangsungkan bermula 29 Jun hingga 3 Julai, dengan agenda disusun lebih padat supaya kedua-dua pihak dapat lebih memfokuskan kaedah penyelesaian beberapa isu penting.

董筱娉