PM Li: Mantapkan Dagangan Luar, Pelaburan

2020-06-30 13:42:28  CRI
Share with:


Perdana Menteri China, Li Keqiang menekankan pentingnya memantapkan lagi aktiviti perdagangan luar dan pelaburan asing kerana kedua-duanya penentu utama operasi ekonomi dan sektor pekerjaan domestik.

Sewaktu bersimposium di Beijing semalam, Li mengetengahkan beberapa aspek penting termasuk bantuan dan sokongan yang disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat intensif buruh serta perusahaan modal asing. 

Selain itu, sektor perkhidmatan harus terbuka lagi luas sementara langkah-langkah diambil untuk menarik lebih banyak pelaburan, sambil mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.
董筱娉