Rai Hari Penting, Tunjuk Solidariti

2020-06-30 13:22:26  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_0e12edf7-faba-4099-99a7-37b678621fd4



Pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong mengadakan aktiviti bagi menyambut ulang tahun ke-23 kepulangan wilayah tersebut ke pangkuan tanah air yang berlaku pada 1 Julai 1997.

Menjelang hari penting itu, perhimpunan ikrar  bagi mendukung penggubalan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong yang dilancarkan Pertubuhan Komuniti Guangxi Hong Kong antara aktiviti yang mencuri perhatian ramai.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_72b5846a-a1cd-458a-917a-333a3a0c5bef.JPG



Presiden pertubuhan itu, Karson Choi Ka Tsan menyatakan, keputusan Beijing menggubal undang-undang melibatkan Hong Kong dibuat tepat pada waktunya dan penting sekali demi ketenteraman wilayah itu. Penduduk Hong Kong menunjukkan sokongan padu kepada undang-undang berkenaan yang ditunggu-tunggu mereka sejak sekian lama.

董筱娉