46 Negara Sokong China dalam Isu Xinjiang

2020-07-02 16:37:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_3a5e87e2f7c8400796939137178a3fec_16x9

Sesi ke-44 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang diadakan di Geneva semalam menyaksikan 46 negara sebulat suara melantangkan sokongan terhadap pendirian China dalam isu-isu berkaitan Xinjiang.


Mereka turut memberikan penghargaan terhadap hasil yang dicapai China dalam perjuangannya memajukan hak asasi manusia dan membanteras ekstremisme di wilayah itu.
图片默认标题_fororder_580804bfa3014c65a782e685c7b28b41_16x9

Belarus yang menyampaikan kenyataan bersama 46 negara berkenaan menegaskan bahawa keganasan dan ekstremisme merupakan musuh bersama seluruh masyarakat antarabangsa, juga ancaman besar kepada hak asasi manusia.

Langkah-langkah yang diambil China bagi menangani ancaman tersebut telah menjamin hak asasi penduduk berbilang etnik di Xinjiang.

Perbuatan mengeksploitasikan khabar angin bagi membangkitkan kritikan tidak berasas terhadap China harus dihentikan.
张哲