COVID-19 Menular Semula Jika Kawalan Dibatal

2020-07-02 13:46:57  CRI
Share with:

Pandemik COVID-19 dijangka menular semula di sesetengah negara selepas kawalan pergerakan dibatalkan.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan negara-negara yang telah mengambil langkah respons komprehensif diyakini mampu mengawal pemerebakan semula wabak itu.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa khuatir pihaknya akan nasib negara-negara yang pendekatannya kurang cekap, kerana mereka akan menempuhi jalan yang lebih panjang dan sulit selepas ini.

Ketua teknikal program kecemasan WHO, Dr Maria Van Kerkhove mengingatkan bahawa penularan semula yang serius mungkin meletus di negara-negara yang operasi dan aktiviti sosioekonominya sudah pulih, hingga terpaksa kembali melaksanakan perintah berkurung.

周乔西