Rekod Tertinggi Nisbah RMB, 2.02%

2020-07-03 12:06:12  CRI
Share with:

Nisbah RMB dalam rizab wang asing global meningkat kepada 2.02% (1.9% pada suku keempat 2019), iaitu lebih tinggi daripada AUD yang merekodkan peningkatan sebanyak 1.55% dan CAD yang naik mencecah 1.78% pada suku pertama 2020.

Menurut laporan terkini yang diumumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, bank pusat negara di dunia telah menyimpan USD dalam jumlah yang besar setelah penularan COVID-19.

Dalam tempoh yang sama, nisbah USD menaik daripada 60.8% kepada 61.9%. Manakala, nisbah EUR dan JPY kekal pada paras yang sama, iaitu masing-masing mencatat 20% dan 5.6%.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan rizab wang asing menurun daripada USD11.824 trilion (RM50.642 trilion) kepada USD11.731 trilion (RM50.244 trilion).

高蕾