Kenaikan Mendadak Bukan Akibat Saringan

2020-07-03 14:06:39  CRI
Share with:


Penolong Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, Dr Brett Giroir menyatakan kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19 di beberapa negeri adalah disebabkan penularan yang berleluasa, bukannya kerana kapasiti ujian saringan makin meningkat. 

Beliau mengakui jangkitan baharu COVID-19 kekal bertambah disebabkan bilangan yang disahkan positif terus naik. Situasi wabak di beberapa negeri termasuk California, Arizona, Texas dan Florida memang membimbangkan kerana hampir separuh daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan di AS adalah di sana.

董筱娉