Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan HK: Lebih 70 Negara Sokong

2020-07-03 12:28:03  CRI
Share with:

Dalam sesi ke-44 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) yang sedang berlangsung di Geneva, lebih 20 buah negara lagi pada dua hari lalu menyatakan sokongan terhadap langkah China dalam isu penggubalan Undang-undang Keselematan Negara Melibatkan Hong Kong.

Terdahulu, Cuba yang mewakili 53 buah negara telah mengalu-alukan langkah tersebut pada 30 Jun.

Dalam perkembangan isu sama, beberapa negara telah memberi reaksi positif terhadap isu tersebut.

Sebagai contoh, Rusia menyokong teguh terhadap sistem "satu negara dua sistem" yang dilaksanakan kerajaan China di Wilayah Pentadbiran Hong Kong dan menganggap hal ehwal Hong Kong sama sekali urusan dalaman China.

Sementara itu, Laos turut menyambut baik pengwujudan dan penyempurnaan sistem undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan China untuk memelihara keselamatan negara di Hong Kong.

Dalam pada itu, Myanmar dan Kemboja pula menyatakan bahawa hak penggubalan undang-undang untuk memelihara keselamatan negara adalah hak kedaulatan negara dan penggubalan undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong oleh China dapat memelihara keselamatan negara dan pelaksanaan "satu negara dua sistem", selain berharap Hong Kong kekal damai, stabil, harmoni dan makmur serta bebas daripada campur tangan luar.

Indonesia, Vietnam dan beberapa negara lain berpendapat bahawa pelbagai negara harus mematuhi norma hubungan antarabangsa yang tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan menentang percubaan untuk mencampuri urusan dalaman atas nama ‘isu hak asasi manusia’.

曹捷