Britain, EU Tetap Berselisih Pendapat

2020-07-03 12:50:25  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_0607031

Masih wujudnya perselisihan pendapat yang besar antara Kesatuan Eropah (EU) dan Britain, selepas kedua-dua pihak berunding selama empat hari mengenai hubungan pada masa akan datang.


Ketua perunding EU, Michel Barnier dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya sudah meneliti tuntutan pihak Britain dalam rundingan tersebut, iaitu Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) tidak lagi mempunyai bidang kuasa ke atas Britain, Britain dibebaskan daripada mematuhi undang-undang EU, dan perjanjian berhubung sektor perikanan mesti diubah suai dengan ketara berbanding masa sebelum Brexit.

Selepas berunding selama 2 jam lagi pada 3 Julai, kedua-dua pihak dijadualkan meneruskan rundingan di London minggu depan.

 

张哲