Lagi Sandiwara Politik Murahan

2020-07-04 13:53:53  CRI
Share with:

Kongres AS baru-baru ini telah meluluskan rang undang-undang berkaitan status autonomi Hong Kong, dan mengugut akan mengenakan sekatan ke atas individu, institusi kewangan dan entiti lain yang kononnya merosakkan autonomi wilayah itu.

Biar apapun modus operandi yang hendak dimainkan politikus AS, mahu tak mahu, mereka kini terpaksa menerima realiti bahawa pencetus huru-hara di Hong Kong sudah bergegas-gegas mencari jalan untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang. Kelakuan AS tersebut hanyalah satu lagi sandiwara politik murahan, yang pasti akan sia-sia.

Undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China pada 30 Jun telah menentukan hukum terhadap empat jenis jenayah iaitu pemisahan, subversi, mendalangi kegiatan keganasan serta bersubahat dengan kuasa asing untuk mengancam keselamatan negara.

Persoalan diajukan kepada politikus AS, antara empat jenis jenayah ini, yang mana satu adalah sah dan munasabah di AS? Adakah AS sudah lupa akan tragedi serangan pada 11 September 2001 yang telah meragut begitu banyak nyawa yang tidak berdosa?

Dengan pelaksanaan undang-undang berkenaan, segala cubaan untuk mengacau-bilaukan masyarakat Hong Kong telah menemui jalan buntu.

Politikus AS janganlah lagi berangan-angan seperti Mat Jenin menerusi campur tangan dalam isu Hong Kong, sebaliknya menumpukan kepada usaha membantu rakyat negara sendiri yang berdepan penularan virus COVID-19.

周乔西