EU Lulus Remdesivir Ubat COVID-19

2020-07-04 14:11:38  CRI
Share with:

Suruhanjaya Eropah semalam mengumumkan keputusan membenarkan ubat antiviral, Remdesivir diguna pakai oleh Kesatuan Eropah (EU) dalam mengubati penyakit koronavirus baharu (COVID-19).

Remdesivir merupakan ubat antiviral yang dihasilkan oleh Gilead Sciences, sebuah syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat.

Terdahulu, kerajaan AS dilaporkan membeli semua produk berkenaan keluaran syarikat itu buat bulan Julai dan 90 peratus buat Ogos dan September, yang turut mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap bekalan ubat tersebut.

董筱娉