Pekerja di Perpustakaan Daerah Tongzhou di timur Beijing sedang menjalankan kerja-kerja nyahjangkit disegenap penjuru premis tersebut.
Untuk rekod, akibat penularan pandemik COVID-19, perpustakaan itu telah ditutup secara sementara pada awal tahun ini.
Setelah pulih beroperasi pada 7 Mei yang lalu, perpustakaan mengambil pelbagai langkah bagi menjamin keselamatan pembaca.