Genap 60 Tahun Ikatan China-Ghana

2020-07-05 14:01:28  CRI
Share with:

 

China dan Ghana diharap terus memantapkan kerjasama dalam pelbagai bidang hingga memberi manfaat kepada rakyat sekali gus menyumbang kepada visi komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Harapan itu disuarakan Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Ghana, Nana Akufo-Addo sempena genap 60 tahun penjalinan hubungan diplomatik dua negara.

Xi berkata, usaha sama China dan negara-negara Afrika termasuk Ghana dalam melawan pandemik COVID-19 menyuburkan ikatan tali persaudaraan. China sentiasa mengambil berat terhadap hubungan dua negara, dan mahu melihat Inisiatif Jalur dan Laluan serta projek lain menyaksikan kemajuan.

Nana Akufo-Addo turut membalas, bimbingan unggul yang dipamerkan Presiden Xi ketika mengetuai rakyat melawan wabak serta bantuan dan sokongan China kepada dunia termasuk Ghana dalam usaha mengatasi wabak, meningkatkan imej dan reputasi China di persada antarabangsa. Beliau berharap agar ikatan mesra dua negara dapat diperkukuh lagi dan kerjasama strategik diperkasakan.

 

董筱娉