John Lee: Masa Depan Cerah Buat HK

2020-07-05 14:38:36  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_xxxxx

 

Setiausaha Keselamatan John Lee Ka-chiu yakin Hong Kong mempunyai masa depan lebih cerah berkat perlindungan undang-undang keselamatan negara melibatkan wilayah itu.

John Lee yang dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pelindung Keselamatan Negara Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang ditubuhkan pada 3 Julai, menyatakan dirinya harus memikul tanggungjawab memastikan pelaksanaan undang-undang baharu itu.

Menurut beliau, di bawah naungan kerajaan pusat, keselamatan di Hong Kong akan terjamin, dan kesejahteraan yang dinanti-nantikan sejak sekian lama akan dinikmati warga tempatan.

董筱娉