Nathan Rich: Ceritakan Fakta Sebenar HK kepada Dunia

2020-07-06 11:51:19  CRI
Share with:

Pada tahun lepas, Hong Kong (HK) berada pada situasi yang dikira paling rumit dan serius sejak kembali ke pangkuan tanah air China, sehingga menjadi perhatian dan buah mulut ramai orang termasuk pihak antarabangsa.

Namun, media Barat ibarat membutakan mata, membisu seribu bahasa dan segala laporan mereka terhadap kegiatan ganas di HK semata-mata hanya untuk memburukkan imej China, bahkan menyekat pembangunan negara ini.

 

图片默认标题_fororder_nathanrich00

 

Bagaimanapun, beberapa warga asing yang benar-benar sedar akan kebenaran fakta di HK telah bersikap rasional dan objektif, serta mengambil inisiatif untuk menceritakan HK yang sebenar kepada dunia.

Nathan Rich, pakar filem digital, yang juga dikenali sebagai selebriti Internet, sentiasa mengkritik prejudis Barat terhadap China dalam videonya dan program beliau ditonton lebih 200 juta kali pada tahun lalu.

 

图片默认标题_fororder_nathanrich01

 

Dalam pada itu, warga Amerika Syarikat yang menetap di China tersebut turut kerap kali menyiarkan video berkaitan isu HK, khususnya menentang keganasan untuk memberi kesedaran kepada awam.

"Saya berasa kagum melihat China yang sebenar, kerana ia ternyata bukan seperti apa yang dibayangkan. Ramai orang AS mempunyai tanggapan yang salah mengenai China. Justeru adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu dunia mengenai situasi sebenar di China." kata Rich.

王瑾