Pelajar Patriotik: Tiada Siapa Boleh Fitnah Negaraku

2020-07-06 13:13:32  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_banyalun02

Ban berdebat dengan penyokong pemprotes Hong Kong di Kologne, Jerman pada 2 Novermber 2019.

Tatkala Hong Kong diselimuti suasana keganasan sejak musim panas tahun lepas, banyak pelancong dan pelajar dari Tanah Besar menjadi mangsa.

Pada masa yang sama, ramai pelajar dari Tanah Besar yang sedang menuntut ilmu di luar negara dengan beraninya turut berdebat dengan penyokong pemprotes Hong Kong.

Seorang gadis yang berdebat dengan penyokong pemprotes di jalanan Cologne, Jerman pada 2 November tahun lepas menjadi tular selepas videonya berdebat dalam tiga bahasa dimuat naik ke media sosial.

 

图片默认标题_fororder_banyalun01

 

Ban Yalun, mahasiswi di Cologne yang berasal dari bandar Shenzhen pernah melihat pemprotes Hong Kong  menipu penduduk Jerman dengan memfitnah China.

Lantas, dia dengan berani menghadapi pemprotes dengan fakta, sekali gus memalukan kelompok pemprotes tersebut.Namun, Ban ‘membayar’ harga yang mahal untuk tindakan patriotiknya itu apabila segala maklumat peribadinya dibocorkan di dalam talian.

Bagaimanapun, tindakan balas pemprotes itu ibarat memakan diri sendiri berikutan lebih ramai menyokong gadis yang berani berdebat dengan pemprotes tersebut.

王瑾