Sikap AS Undang Kritikan Menteri Jerman

2020-07-06 13:10:05  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_german

Ekonomi Jerman kemungkinan akan keluar daripada kemelesetan akibat impak COVID-19 pada musim gugur ini dan kembali merekodkan pertumbuhan pada Oktober. Menteri Ekonomi Jerman, Peter Altmaier berujar demikian ketika diwawancara media tempatan semalam.
 
Altmaier menyatakan, walaupun langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak yang dilaksanakan Jerman pada beberapa bulan lalu membawa tempias besar kepada ekonomi, namun pendekatan berkenaan membolehkan wabak dibendung. 

Beliau bagaimanapun turut memberi amaran bahawa penularan COVID-19 di AS secara besar-besaran mungkin akan membawa kesan yang amat buruk kepada ekonomi dunia. Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan AS membeli ubat Remdesivir keluaran syarikat negara itu dalam jumlah yang begitu besar untuk melawan COVID-19. Katanya, tiada untungnya melawan wabak secara bersendirian, apalagi menyapu licin pasaran dan memonopoli vaksin. 

Altmaier menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa hanya dapat membendung wabak secara bersinergi.

曹捷