Nyanyi Lagu Kebangsaan Bantah Pemprotes

2020-07-06 13:46:01  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lijichanggg01

 

Pada senja 11 September 2019, Encik Li Ji membawa tiga anaknya pergi berenang dan ketika melalui tingkat satu Pusat Beli-belah Amoy, beliau melihat ratusan pemprotes sedang berkumpul dan membuat kekacauan di sana.

Tanpa berfikir panjang, Encik Li pantas mengambil telefon bimbitnya untuk mengambil gambar dan kurang dari 10 saat, beliau telah dikepung pemprotes.

Tatkala dikepung, beliau membawa anak-anaknya menyanyikan lagu kebangsaan China.

 

图片默认标题_fororder_lijichanggg04

 

图片默认标题_fororder_lijichanggg03

 

Meskipun teruk diasak, dipukul dan telefon bimbitnya dirampas pemprotes, beliau yang terluka di muka rosak cermin matanya tetap terus menyanyi lagu kebangsaan.

Setelah kes ini tular, ramai penduduk Hong Kong mengetahui nama Li Ji dan satu kempen telah dilaksanakan iaitu “satu orang satu e-mel” untuk menyokong beliau.

Encik Li berkata, Hong Kong dikenali sebagai “mutiara timur” dan merupakan tempat yang disayanginya. Tetapi wilayah ini "sakit teruk" pada masa ini. Perosak sama dengan pengganas. Ujarnya, mencintai negara adalah menerusi membangunkan negara, dan mereka yang perosak bukan pahlawan.  

王瑾