"Berpindah" ke Kehidupan Baharu

2020-07-06 14:01:08  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lijiaxi03

 

Sebanyak 1,531 orang miskin dari 413 keluarga di 29 pekan dan kaunti di kawasan Qianjiang, bandar Chongqing telah berhijrah ke Jalan Lijiaxi untuk keluar daripada belenggu kemiskinan pada hujung tahun lalu.

Kerajaan tempatan berusaha membangunkan industri yang memanfaatkan sumber tempatan termasuk penanaman cendawan dan pengeluaran pakaian dalam usaha untuk membantu penduduk yang berhijrah mendapat kerja.

Untuk itu, taman industri cendawan Lijiaxi telah mengadakan latihan vokasional khusus kepada penduduk yang mahu membangunkan penanaman cendawan dengan pendapatan purata setiap keluarga mencatat dua hingga tiga ribu yuan setahun. Kini, sekurang-kurangnya seorang daripada satu keluarga telah berjaya diambil kerja selepas berjihrah ke Lijiaxi.

 

图片默认标题_fororder_lijiaxi02

 

Taman seluas 1.3 hektar di sekitar 28 bangunan kediaman Jalan Lijiaxi itu dibahagi-bahagikan kepada setiap keluarga yang membolehkan penduduk menanam sayur-sayuran masing-masing, sekali gus dapat mengekalkan amalan hidup dahulu.

Dalam pada itu, kerajaan tempatan turut melaksanakan pembinaan seperti pusat perubatan komuniti, sekolah rendah, dan tadika.Menurut penduduk Lijiaxi, jika dahulunya mereka terpaksa mengambil masa dua hingga tiga jam untuk ke hospital, kini hanya belasan minit sahaja diperlukan untuk sampai ke destinasi.

王瑾