Guo Yi'ang: Rumah Tangga? Basmi Kemiskinan Dulu

2020-07-06 13:37:23  CRI
Share with:

Guo Yi'ang, 28, mula menyandang jawatan Setiausaha Parti Komunis China (PKC) bagi kampung Yongsheng, komuniti Huifa, bandar Dehui, provinsi Jilin pada April 2019.

Berikutan status kampung itu yang miskin, pembasmian kemiskinan tersangat bergantung kepada pelaksanaan langkah yang bersasaran dan tepat.

Tanpa membazir masa, Guo terus menziarahi setiap keluarga untuk mengetahui keadaan kehidupan sebenar mereka dan setelah mengetahui situasi sebenar, beliau telah menetapkan langkah membantu kemiskinan menerusi inisiatif “satu orang satu dasar”.

 

图片默认标题_fororder_guoyiang01

Guo Yi'ang (kanan) membantu penduduk kampung menjual hasil pertanian melalui platform dalam talian.

 

Beliau menghubungi syarikat yang berkaitan untuk menerima mereka yang berupaya untuk bekerja, sementara menyediakan latihan vokasional bagi golongan yang hendak mempelajari teknik khusus.

Bagi golongan yang miskin akibat penyakit, beliau menjelaskan dasar bantuan kerajaan dan membantu mereka menerima rawatan, sementara golongan yang tidak mampu bersekolah pula dibentangkan dasar bantuan pendidikan kerajaan.

Untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang miskin, beliau membantu mereka menikmati dasar keutamaan kerajaan.

Ketika penularan pandemik COVID-19, Guo komited mengambil pelbagai langkah bagi membendung wabak dan menjamin keselamatan penduduk di kampung tersebut.

 

图片默认标题_fororder_guoyiang02

Guo Yi'ang (kiri) mengedarkan bahan bantuan kepada penduduk miskin.

 

Selain itu, beliau menghubungi platform e-niaga untuk membantu penduduk menjual telur ayam secara dalam talian yang penjualannya terjejas akibat wabak tersebut.

Menerusi usaha gigih beliau yang sanggup mengetepikan kehidupan sendiri termasuk berumah tangga, kampung itu kini dilihat telah berjaya mengatasi kemiskinan, sekali gus menyaksikan pendapatan, taraf hidup dan persekitaran di kampung itu melonjak tinggi.

Ketika ditanya adakah teman perempuan, Guo berkata "saya tak ada masa untuk mencari jodoh. Rumah tangga? Basmi kemiskinan dululah."

王瑾