Satu Kes Baharu COVID-19 di Beijing

2020-07-06 14:06:19  CRI
Share with:

Satu kes baharu COVID-19 dan satu kes asimptomatik dilaporkan di Beijing semalam. Pada hari sama, seorang pesakit sembuh seluruhnya dan tiada kes dari seberang laut dikesan di ibu negara.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Beijing, sebanyak 335 kes COVID-19 dilaporkan sejak 11 Jun dengan 324 daripadanya dirawat di hospital dan 11 sudah pulih. Selain itu, 30 kes asimptomatik sedang dipantau.

Dimaklumkan, setakat kelmarin terdapat sebuah kawasan perumahan berisiko tinggi dan 22 lagi yang berisiko sederhana di bandar berkenaan. 

高蕾