Kanada Dituntut Henti Campur Tangan Urusan Dalaman China

2020-07-07 13:58:10  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan dan tindakan Kanada tentang isu Hong Kong (HK).

Menurutnya, China merizabkan hak untuk mengambil tindakan lanjut dan turut memberitahu Kanada harus bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan.

Ia susulan kenyataan Menteri Luar Kanada, Francois-Philippe Champagne baru-baru ini yang mengumumkan larangan pengeksportan barang ketenteraan sensitif ke HK. Sementara itu, perjanjian ekstradisi antara Kanada dengan HK dihentikan buat sementara waktu, dan panduan kepada warga Kanada untuk melawat HK juga dikemaskini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan pelaksanaan langkah-langkah yang lain termasuk imigresen.

Zhao berkata, tingkah laku Kanada turut dilihat menolak hakikat bahawa Undang-Undang Pemeliharaan Keselamatan Negara di Wilayah Pentadbiran Khas HK bermanfaat bagi kestabilan dan keberkesanan sistem “satu negara, dua sistem”.

Tambah beliau, tindakan Kanada tersebut membelakangi undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa serta mencampur tangan secara kasar urusan dalaman China.

Menurutnya, kerajaan China tidak berganjak memelihara kedaulatan, keselamatan dan pembangunan negara selain menekankan sebarang tekanan dari kuasa luar terhadap China tidak akan berjaya.

Justeru, China menuntut Kanada segera memperbetul kesalahan dan menghentikan campur tangan urusan dalaman China. 

王瑾