China, Negara Arab Capai Tiga Konsensus

2020-07-07 13:14:37  CRI
Share with:

Mesyuarat peringkat menteri ke-9 bagi Forum Kerjasama China dengan Negara-negara Arab (CASCF) yang diadakan semalam, membuahkan konsensus dalam bentuk Kenyataan Bersama, Pengumuman Amman dan Pelan Pelaksanaan Tindakan. Dokumen yang dicapai tersebut menggambarkan keazaman China dan negara-negara Arab untuk berjuang melawan wabak COVID-19 secara bersinergi, menunjukkan tekad kukuh untuk saling menyokong dan berkongsi nasib, serta merancang hala tuju bagi kerjasama pragmatik dan pembangunan bersama. 

Menteri Luar China, Wang Yi yang turut hadir menyatakan China dan negara-negara Arab akan terus meningkatkan kerjasama dalam pencegahan dan kawalan wabak serta penyelidikan dan pembangunan vaksin, di samping mempertahankan multilateralisme, menyokong peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menentang cubaan melabel dan mempolitikkan virus, sehingga bersama-sama menyumbang kepada perjuangan sejagat melawan wabak. 

China mengucapkan terima kasih kepada negara-negara Arab yang menyokong usahanya menjaga keselamatan negara di Hong Kong mengikut undang-undang, selain mencegah keganasan dan menghapuskan ekstremisme. China juga teguh menyokong negara-negara Arab memelihara kestabilan dan keselamatan negara, serta membangun mengikut jalan sendiri. Sokongan serupa turut dizahirkan terhadap perjuangan rakyat Palestin. 

Wang Yi berharap kedua-dua pihak mempercepat pelaksanaan persepakatan baharu melibatkan perdagangan, pelaburan, tenaga, sains dan teknologi serta sosiobudaya, sambil menggalakkan pembangunan berkualiti Jalur dan Laluan serta aktif mendorong dialog antara tamadun, supaya perkembangan hubungan bilateral membawa kesejahteraan kepada rakyat.

曹捷