Xi Ucap Tahniah Mesyuarat Menteri CASCF

2020-07-07 11:58:48  CRI
Share with:

Mesyuarat peringkat menteri ke-9 bagi Forum Kerjasama China dengan Negara-negara Arab (CASCF) diadakan secara maya semalam. Presiden Xi Jinping dalam kawat tahniahnya menyingkap kembali anjuran beliau semasa mesyuarat ke-8 pada 2018, iaitu untuk membina perkongsian strategik China-Arab serta komuniti berkongsi nasib dua pihak, yang mendapat sahutan hangat daripada negara-negara Arab. 

Sepanjang dua tahun lalu, kedua-dua pihak telah meningkatkan penyelarasan strategi dan langkah-langkah berkenaan, supaya perkongsian yang melibatkan kerjasama komprehensif, pembangunan bersama dan perkembangan pada masa depan diintensifkan. 

Xi berkata sejak pandemik COVID-19 tercetus, China dan negara-negara Arab bantu-membantu dalam mengharungi kesusahan yang sama, dengan sokongan teguh dan kerjasama erat. Ini jelas menggambarkan ikatan kedua-dua pihak yang berkongsi nasib. 

Berhadapan situasi semasa, China dan negara-negara Arab lebih memerlukan solidariti untuk mengatasi kesukaran. Kedua-dua pihak diharap mengambil peluang ini untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan strategi serta mendorong kerjasama yang melibatkan pelbagai bidang termasuk perjuangan melawan wabak, supaya menggalakkan pembentukan komuniti berkongsi nasib demi kesejahteraan rakyat.

曹捷