Latihan Tentera AS Undang Bantahan

2020-07-07 13:04:26  CRI
Share with:

Perbuatan Amerika Syarikat (AS) menghantar dua kapal induk untuk mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan dianggap mempunyai motif terselindung.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media di Beijing semalam menegaskan bahawa kepulauan Xisha sebahagian wilayah China, dan perkara ini tidak boleh dipertikaikan.

Perbuatan AS itu bertujuan menunjuk-nunjukkan kekuatan pihak sendiri, menyemai benih pertelingkahan antara negara-negara serantau serta mendorong penenteraan perairan berkenaan, yang akan menjejaskan ketenteraman di sana. 

高蕾