10.71 Juta Duduki Peperiksaan Masuk Universiti

2020-07-07 11:54:29  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1126204686_15940874740151n

图片默认标题_fororder_1126204686_15940830524401n

Peperiksaan awam untuk memasuki universiti China dimulakan pagi tadi, setelah ditangguhkan sebulan ekoran penularan wabak COVID-19. Seramai 10.71 juta pelajar menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan yang buat pertama kali diadakan pada bulan Julai sejak 2003, diatur di lebih 7,000 lokasi menduduki di seluruh negara.

图片默认标题_fororder_1126204686_15940874740171n

Menjelang peperiksaan, laman sesawang rasmi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China telah menerbitkan 10 panduan pencegahan wabak bagi calon peperiksaan kali ini, termasuk peringatan untuk menyediakan pelitup muka, sarung tangan, bahan penyahjangkit dan sebagainya.

张宪