Sinopec Gali Telaga Minyak Paling Dalam di Asia

2020-07-07 14:16:44  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1126202736_15940255843311n

 

Kumpulan Sinopec berjaya menggali telaga minyak Shunbei 55X yang sedalam 8725 meter di Medan Shunbei, Lembangan Tarim,Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang baru-baru ini, sekali gus mencipta rekod paling dalam di darat benua Asia.

Kejayaan tersebut turut menandakan teknologi penggalian telaga minyak China melonjak ke tangga pertama di dunia.

Menurut laporan, paras kedalaman purata penyimpanan Medan Minyak Gas dan Minyak Shunbei kini melebihi 8000 meter, menjadikan ia medan gas dan minyak paling dalam di Asia.

Setakat 30 Jun lepas, jumlah pengeluaran minyak Medan Shunbei mencatat 2.07 juta tan.  

王瑾