China, India Capai Konsensus Isu Sempadan

2020-07-07 11:26:48  CRI
Share with:
China dan India perlu mengekalkan keputusan strategik yang tidak saling mengancam, dan membuka peluang bagi pembangunan satu sama lain.
 
Menteri Luar yang juga wakil khas China dalam isu sempadan dengan India, Wang Yi berkata demikian ketika menghubungi wakil pihak India, Ajit Kumar Doval menerusi telefon malam kelmarin. Katanya, kedua-dua negara perlu lebih menumpukan perhatian kepada situasi rumit yang dihadapi bersama ketika ini dan bergabung tenaga untuk membaiki keadaan semasa. 
 
Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat secara terus terang dan mendalam bagi menemukan pendekatan yang dapat meredakan situasi di sempadan, membawa kepada persetujuan untuk mematuhi konsensus antara pemimpin bagi mengelakkan percanggahan pendapat daripada meruncing. China dan India juga mengulangi komitmen terhadap siri perjanjian membabitkan isu sempadan, di samping memperkukuh komunikasi menerusi mekanisme rundingan wakil khas bagi memastikan tidak berlakunya lagi insiden-insiden yang menjejaskan ketenteraman di kawasan sempadan.
 
张宪