Undur dari WHO, Langkah Mengecewakan

2020-07-13 14:49:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_c9a44f65-d351-490b-bd6c-3c9c8ad20367

Penganalisis isu antarabangsa dari Britain, Aftab Siddiqui menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai amat mengecewakan.

Ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) semalam, beliau menegaskan betapa pentingnya kewibawaan WHO dipelihara, dan masyarakat antarabangsa perlu menyatukan tenaga untuk menjayakan perjuangan memerangi pandemik COVID-19.

Beliau menganggap adalah tidak bermoral bagi AS menolak tanggungjawab selepas gagal bertindak membendung wabak.

Dalam beberapa bulan lalu, jumlah kes COVID-19 di AS terus-menerus bertambah, menyebabkan Washington membuat keputusan yang mengecewakan tersebut. Yang perlu dilakukan AS adalah merenung semula respons sistem kesihatannya, yang dikatakan lemah.  

Pakar itu menambah bahawa pandemik COVID-19 merupakan cabaran sejagat, dan WHO memainkan peranan utama dalam respons antarabangsa terhadapnya. Beliau turut menyeru seluruh dunia agar bergabung tenaga untuk melawan wabak tersebut.  

徐国玮