ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China

2020-07-16 13:36:30  CRI
Share with:

Hubungan perdagangan ASEAN-China tidak terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan blok itu kekal menjadi rakan dagang terbesar China buat separuh pertama tahun 2020.

图片默认标题_fororder_dongmeng

图片默认标题_fororder_dongmeng2

Data terkini dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) merekodkan skala import dan eksport China-ASEAN dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan nilai RMB2.09 trilion (RM1.27 trilion), iaitu 14.7 peratus daripada keseluruhan nilai perdagangan luar China.

Bagaimanapun, prestasi perdagangan antara China dengan Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) mencatat penurunan, yang masing-masing susut 1.8 peratus dan 6.6 peratus.

Jurucakap GACC, Li Kuiwen menyatakan, ASEAN mengambil alih kedudukan EU selaku rakan dagang terbesar bagi China hasil daripada keberkesanan langkah pencegahan wabak yang dilaksanakan di rantau itu serta perdagangan dua hala yang semakin kukuh.

周乔西