Xi Ucap Selamat Hari Angkatan Tentera

2020-07-24 10:56:25  CRI
Share with:

Xi Ucap Selamat Hari Angkatan Tentera_fororder_1126277653_15955071365641n

Presiden China, Xi Jinping mengunjungi Universiti Penerbangan Angkatan Udara di provinsi Jilin semalam, menjelang Hari Angkatan Tentera yang akan disambut pada 1 Ogos.

Xi yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, mengucapkan tahniah kepada semua anggota tentera sambil menegaskan bahawa gagasan pembangunan tentera dan dasar strategik ketenteraan bagi era baharu ini perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Xi Ucap Selamat Hari Angkatan Tentera_fororder_1126277653_15955071366491n

Beliau turut meminta supaya inovasi dan pembaharuan berkaitan pendidikan ketenteraan terus diperdalam.

Ujarnya lagi, usaha mencegah wabak COVID-19 perlu diperkasakan dari semasa ke semasa sebagai satu kerja rutin angkatan tentera.

张哲