Sia-sia Cubaan Pompeo

2020-07-24 13:46:55  CRI
Share with:

Tiada lagi yang hairan melihat agenda Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo ke Eropah diisi padat dengan strategi untuk memburuk-burukkan China, kerana perkara seumpama sudah menjadi modus operandinya.

Semasa lawatan ke Britain dan Denmark baru-baru ini, Pompeo cuba melobi pembentukan sebuah persekutuan baharu bagi menangani “ancaman China”. Namun, biar apapun cubaannya untuk memperdayakan negara-negara terbabit, sudah pastilah sia-sia pada akhirnya.

Niat Pompeo untuk melaga-lagakan hubungan mereka dengan China, manifestasi mentaliti Perang Dingin yang dipegang teguh kerajaan AS penggal ini serta percaturan salah dalam dasarnya terhadap China.

Ketika berada di Britain, Pompeo “memuji” kerajaan negara itu yang bersikap keras terhadap syarikat telekomunikasi Huawei. Ramai netizen Britain berpendapat pujian Pompeo sebenarnya membayangkan AS telahpun mengawal kerajaan Britain dan akan “menjadikan negaranya gemilang kembali” dengan menyekat Britain.

Pada hakikatnya, China dan negara-negara Eropah sentiasa menyasarkan keuntungan bersama dalam segala aspek hubungan bilateral. Seperti yang ditegaskan Presiden China, Xi Jinping, China dan Eropah tiada konflik kepentingan pada asasnya, terbukti dengan usaha sama yang jauh melebihi persaingan dan persepakatan lebih dahulu daripada pertikaian.

Kedua-dua pihak hendaklah menjadi penjaga kesentosaan dan pemacu kemakmuran sejagat, sambil komited menjunjung multilateralisme dan menambah baik tadbir urus global. Dengan itu, akan terbinalah sebuah perkongsian strategik komprehensif yang lebih berpengaruh di persada dunia.

周乔西