Xi Tinjau Bandar Changchun

2020-07-24 14:36:48  CRI
Share with:

Xi Tinjau Bandar Changchun_fororder_1126277971_15955131358131n

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di bandar Changchun, provinsi Jilin semalam. Beliau turun padang ke kawasan komuniti dan mengunjungi Dewan Pameran Perancangan Daerah Baharu serta institut penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengeluar automotif Kumpulan FAW.

Semasa meninjau pusat perkhidmatan awam di komuniti Taman Changshan dan maktab latihan pemimpin peringkat komuniti, beliau menegaskan peri pentingnya peranan badan kerajaan asas dalam sistem tadbir urus.

Beliau menuntut supaya pembangunan kawasan komuniti diperkasakan melalui pengurusan yang lebih cekap dan tadbir urus inovatif di bawah pimpinan parti.

Xi Tinjau Bandar Changchun_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_475fb7fc-1ebd-43f8-a3c0-18da1067d492

Di institut R&D FAW, Xi berpeluang meninjau usaha penyelidikan teknologi automobil di sana dan melihat sendiri model baharu keluaran syarikat milik negara itu.

Kata beliau, perkembangan FAW memperlihatkan bahawa krisis dan peluang wujud bersama dalam industri pembuatan yang kini menyaksikan persaingan sengit. Usaha FAW telah meletakkan asas yang kukuh bagi memartabatkan China sebagai gergasi dalam industri pembuatan. Dalam pada itu, teknologi teras perlu dikuasai demi membangunkan jenama sendiri.

Xi Tinjau Bandar Changchun_fororder_9500032_1_1_22ebcb58-bc85-4bd6-a7ad-9f8ff63de6ed1

Semasa berinteraksi dengan graduan yang baru masuk kerja di FAW, Xi berkata, pengambilan pekerja kalangan graduan institusi pengajian tinggi mengalami impak akibat penularan wabak COVID-19 pada tahun ini. Namun pihak berkuasa telah berusaha sedaya upaya bagi membantu mengatasi masalah itu, dan memandang usaha tersebut sebagai titik berat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

张哲